Pada tanggal 15 dan 16 Oktober 2012, satu persidangan antarabangsa memartabatkan bahasa Melayu telah diadakan di dewan SITC, UPSI. Para pembentang hadir dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei. Pada pendapat saya, buah fikiran pembentang-pembentang ini hebat belaka.
Dalam persidangan tersebut, kami didedahkan mengenai sejarah penggunaan bahasa Melayu, menghidupkan kembali konsep "Bahasa Jiwa Bangsa", anjakan paradigma dalam kurikulum bahasa Melayu, dan banyak lagi mengenai perkembangan bahasa Melayu sejak dahulu sehingga kini.
Walau bagaimanapun, pemartabatan bahasa Melayu bukanlah perlu dilakukan mengikut musim kerana ia perlu dilakukan sepanjang masa sehingga kita benar-benar yakin bahawa bahasa Melayu telag dikuasai oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa ilmu.
Sebagai penutur bahasa kebangsaan, kita hendaklah memberika penghormatan dan pengiktirafan kepada bahasa ibunda kita sendiri. Hal ini kerana tidak ada bahasa lain yang boleh memartabatkan bahasa ibunda kita melainkan rakyat Malaysia itu sendiri.
Sebagai guru bahasa satu hari nanti, saya juga turut tergerak hati untuk sama-sama memperjuangkan bahasa Melayu. Semoga saya dapat memberikan yang terbaik walaupun sekadar sedikit sumbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan