Semasa saya sedang menunggu bas di hadapan pintu masuk UPSI, saya terpandang sebuah sepanduk yang terdapat kesalahan ejaan pada perkataan bas. Bas dieja dengan perkataan "bus". Jadi saya sempat menangkap gambar kesalahan ejaan tersebut.
Saya
pasti dan yakin, kesalahan itu sengaja dilakukan. Saya berpendapat
kanak-kanak darjah satu pun tahu ejaan yang sebenar, apatah lagi
mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menjadi guru.
Kita
seharusnya sensitif dengan perkara ini dan kita tidak boleh membiarkan
perkara ini berlaku begitu sahaja. Mungkin orang yang menulis perkataan
ini menganggap ianya adalah biasa. Tetapi sebenarnya tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan