Kalau dahulu, Za'ba menggunakan
kata adjektif sebagai kata sifat, tetapi hari ini perkataan itu telah
diubah menjadi kata adjektif. Hal ini kerana perkataan sifat sensitif
bagi bangsa Cina kerana "si fat" merujuk kepada punggung. Oleh itu,
frasa "kata sifat" telah digantikan dengan "kata adjektif" kerana
sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.
Menurut
pensyarah saya, dia tidak bersetuju dengan penggunaan "kata adjektif"
dan lebih suka jika "kata sifat" yang digunakan. Hal ini bagi
menunjukkan bahawa kata itu menerangkan sifat sesuatu. Beliau menambah
lagi, kalau kita asyik fikirkan sensitiviti bahasa lain, yang mana
bahasa itu merujuk kepada istilah sesuatu yang tidak baik, kita tidak
akan boleh bercakap. Hal ini kerana terdapat banyak bahasa yang
dituturkan di dunia ini.
Saya
bersetuju dengan pandangan beliau. Saya teringat akan satu isu yang
timbul baru-baru ini iaitu kita dilarang menyebut nama Upin dan Ipin,
kerana dalam bahasa Israel ia mengandungi makna yang tidak baik. Pada
pendapat saya, isu ini tidak wajar diperkatakan. Saya hairan kenapa
masyarakat Melayu suka sangat mengkaji bahasa asing. Kalaulah demikian,
benarlah kata pensyarah saya itu, sampai bila-bila pun kita tak boleh
bercakap. Contohnya kalau kita menyebut "makan riba" di Malaysia, tetapi
"riba" di negara lain, mempunyai maksud yang lain.
Fikir-fikirkanlah sebelum mempercayai dan mengamalkan sesuatu perkara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan