Pelajar pada zaman sekarang sudah hilang rasa hormat pada gurunya. Kalau zaman dahulu, mendengar derapan kasut guru sahaja boleh membuatkan semua pelajar terdiam tetapi kini tidak lagi. Dewasa ini, boleh dikatakan bahawa ramai pelajar kurang menghormati
guru-guru di sekolah. Perhubungan antara guru dengan pelajar tidak
seakrab seperti zaman dahulu. Perkara ini wujud ada banydk kaitannya
dengan sikap ibu bapa pelajar itu sendiri. Pada zaman dahulu ibu bapa
begitu akrab hubungannya dengan guru-guru. Mereka sentiasa berkirim
“salam”. Sekarang di zaman serba moden ini, keadaan seperti ini tidak
wujud lagi. Jika dahulu ibu bapa sentiasa menyatakan guru berada di
pihak yang benar jika mereka mendenda serta merotan anak-anak mereka.
Pada masa sekarang keadaan itu amat jauh berbeza. Sebaliknya guru-guru
pula yang disalahkan jika mereka mendenda serta merotan
pelajar-pelajarnya. Bagi ibu bapa sekarang, mereka lebih berpihak kepada
anak-anak serta menyalahkan guru-guru. Ibu bapa pada zaman sekarang
lebih memanjakan anak-anak. Jika terdapat kesan-kesan merah atau
calar-calar pada badan anak-anak, mereka akan segera menyerang pihak
sekolah tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Ketika saya berada dalam tingkatan 6 dahulu, pelajar makan dalam kelas seperti tiada guru di depan kelas. Walaupun dimarahi berkali-kali, pelajar tetap tidak mengendahkan guru tersebut. Saya rasa kasihan melihat kepada guru yang perlu banyak berkorban kepada pelajar.
Kedudukan guru yang semakin goyah dalam masyarakat hari ini juga
merupakan salah satu penyebabnya. Pada masa dahulu guru adalah satu
kerjaya yang amat disanjung oleh masyarakat. Jika ada sebarang majlis
dalam sesebuah kampung gurulah yang memainkan peranan utama. Guru-guru
dahulu akan duduk di barisan hadapan serta memegang jawatan-jawatan
penting dalam kampung. Keadaan sekarang sudah berubah. Pada masa ini
tempat-tempat guru pada masa dahulu telah diambil alih oleh tokoh-tokoh
korporat, penghulu-penghulu serta ahli-ahli politik. Inilah yang
menyebabkan rasa hormat kepada guru-guru agak berkurangan.
Kerjaya perguruan adalah satu kerjaya yang mulia. Namun sekarang ini,
is seolaholah dipandang sebagai pilihan kedua. Kedudukan guru di rata
masyarakat perlu dipulihkan. Cara ini sahajalah yang dapat memberi
kesedaran kepada pelajar-pelajar agar kembali menghormati guru-guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan