Sewaktu pulang dari kelas, saya singgah di sebuah gerai menjual air jambu di tepi jalan raya. Rasa dahaga dek cuaca panas membuatkan saya terliur kepada air jambu tersebut. Ketika menunggu air dibungkus, saya terpandang ke seberang jalan. Kelihatan seorang lelaki tua ingin melintas jalan. Saya kehairanan dan pelik kenapa dia kelihatan sukar untuk melintas. Saya mengamati dengan penuh teliti beberapa minit dan mendapati dia adalah seorang buta.
Saya terus melihat dan memerhati sekeliling lelaki tua itu. Saya melihat ramai orang sekeliling lelaki itu. Namun tiada seorang pun yang sudi menolong lelaki tua itu melintas jalan. Jalan raya ketika itu boleh dikatakan agak sibuk kerana baru sahaja lepas waktu rehat tengahari. Saya terkilan melihat sikap masyarakat ketika itu. Adakah mereka tidak nampak lelaki tua yang buta ingin melintas jalan? Atau mereka berpendapat nanti akan ada orang lain yang akan menolongnya.
Ini merupakan sikap yang negatif dan tidak menunjukkan nilai kemanusiaan. Rasa simpati dan belas ehsan semakin terhakis dalam diri masyarakat kita sekarang. Bayangkan bagaimana jika kita yang berada di tempat lelaki tua yang buta itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan