Penggunaan plastik boleh meningkatkan suhu bumi dan menipiskan lapisan ozon. Seluruh dunia menyahut saranan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kerajaan telah menjalankan kempen mengurangkan penggunaan plastik. Saya ada sedikit pengalaman yang hendak dikongsikan bersama sewaktu saya bekerja sambilan di sebuah pasar raya. Pada musim perayaan, ramai orang yang datang membeli-belah di pasar raya. Justeru itu, pihak pasar raya mengarahkan kepada semua juruwang untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.
Terdapat seorang pelanggan telah membeli banyak barangan dan datang ke kaunter saya. Saya memasukkan barangan yang kecil sahaja ke dalam beg plastik. Barangan keperluan seperti beras 10 Kilogram tidak perlu dimasukkan ke dalam beg plastik. Namun, pelanggan itu memarahi dan berleter kepada saya kerana tidak memberi beg plastik untuk beras. Untuk meredakan kemarahannya, saya memberi beg plastik kepadanya. Sewaktu ingin membuat pembayaran, dia tidak menghulur duit kepada saya sebaliknya mencampakkan sahaja duit itu di atas kaunter.
Keadaan agak kecoh ketika itu dan pengurus saya datang. Pengurus saya telah tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tidak menyalahkan saya. Sikap pelanggan itu amat teruk dan tidak matang. Dia tidak ada budi bahasa yang baik dan sikapnya agak biadab. Kita seharusnya mengamalkan budi bahasa dan nilai murni yang baik dan menjadi contoh kepada kanak-kanak. Kita harus meminimumkan penggunaan beg plastik dan berfikiran matang bahawa barangan yang besar tidak perlu beg plastik. Kita harus cakna dan prihatin terhadap alam sekitar kita yang semakin hari semakin teruk. Selain itu, kita juga harus mengamalkan amalan berbudi bahasa apabila berurusan dengan orang lain.
terima kasih kepada puan Raja Noraniza Raja Abdullah kerana mendapat isi tentang penggunaan plastik di negara kita.
BalasPadamterima kasih kepada puan Raja Noraniza Raja Abdullah kerana mendapat isi tentang penggunaan plastik di negara kita.
BalasPadam